Monday, 19 November 2012

INFO MINDA

MANUSIA hanya menggunakan 10 peratus otak untuk berfikir, selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetus pergerakan luar kawalan.


KEROSAKAN otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.


MANUSIA memiliki secara purata 100,000 helai rambut dan ia tumbuh lebih cepat waktu malam.


MANUSIA bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.


KETIKA bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.


APABILA seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan


JIKA semua saluran darah dalam tubuh manusia dicantumkan, ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 kilometer.


ADA spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki untuk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Ini bagi mengelakkan mereka makan sesama sendiri.


KURMA adalah sejenis buah yang berkhasiat dan kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C.


TEMBIKAI mempunyai vitamin C,kukurbisitrin yang berkesan mengubati masalah ginjal dan salur kencing. Ia mengandungi sejenis gula dan garam untuk melawaskan pembuangan air kecil dan merawat masalah ginjal.


TONSILITIS atau penyakit radang tonsil
di bahagian kerongkong berpunca daripada serangan kuman bakteria streptokokus. Ia dikatakan dapat dirawat dengan berkumur menggunakan jus lemon sebelum diminum atau nama saintifiknya Citrus limon.


ROTI lebih awal dicipta sebagai makanan sebelum kewujudan piramid yang tersergam megah di Mesir.


BAWANG mengeluarkan gas yang pedih apabila dipotong dan boleh masuk ke dalam mata. Badan pula mengeluarkan air mata untuk mencairkan kepedihan itu dan menyingkirkannya dari mata anda.


SETIAP tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis akan melebar 300 milimeter.


NAMA tempat terpanjang di dunia ialah "Taumatawhakatangih Angkoauauotamaneaturipukakpikim Aungahoronukupok Aiiwhenuakitanatahu" iaitu sebuah bukit di New Zealand.


PISANG mengandungi 90 kalori, kira 90 peratus kabohidrat yang diperlukan tubuh. Ia juga mempunyai vitamin B dan C selain potasium yang dapat menghasilkan tenaga.


IKAN paus boleh berenang sehingga 350 kilometer sehari dan haiwan itu hanya perlu menyedut oksigen setiap 20 saat.


IKAN jerung tidak boleh membuka mulut untuk tempoh yang lama kerana jika berbuat demikian, hidupan laut itu akan mati lemas kerana air akan masuk ke mulutnya.


BENUA Antartika meliputi kawasan seluas 14 juta kilometer persegi. Jika India dan China dicantumkan, keluasan itu masih gagal menandingi kawasan benua beku itu.


MAHARAJA India, Jahangir mempunyai minat yang pelik. Baginda memelihara 12,000 gajah, 10,000 sapi, 2,000 unta, 3,000 rusa, 4,000 anjing, 100 singa jinak, 500 kerbau dan 10,000 merpati.






No comments:

Post a Comment