Sunday, 18 November 2012

PERIBAHASA

Perumpamaan

Alah sabung menang sorak.
Bercakap besar walaupun telah kalah.

Alang-alang berdakwat biarlah hitam.
Melakukan sesuatu perbuatan biarlah sampai mendapat hasilnya.

Bagai itik pulang petang.
Berjalan lambat dan berlenggang-lenggang.

Bagai kelip-kelip terbang malam.
Rahsia yang tidak dapat disembunyikan.

Beraja di hati bersultan di mata.
Mengikut kehendak hati sendiri.

Diam-diam tepu.
Musuh yang pendiam, jangan dipandang mudah.

Direndam tidak basah.
Sukar dikalahkan.

Gajah mati kerana gadingnya.
Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya.

Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
Pembahagian yang adil.

Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
Berhati-hati sebelum mendapat sesuatu kecelakaan.

Kalau tiada rotan akar pun berguna.
Kalau tiada yang baik yang kurang baik pun berguna juga.

Laksana batik lasam.
Sesuatu yang makin lama dipakai makin cantik.

Laksana kunyit dengan kapur.
Lekas atau mudah mesra.

Menahan jerat di pergentingan.
Mencari keuntungan semasa orang lain dalam kesusahan.

Nasi tersaji di lutut.
Keuntungan yang diperolehi dengan mudah.

Orang mengantuk disorong bantal.
Mendapat apa yang diingini.

Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai.
Bersatu padu, bermuafakat, seia sekata.

Seperti bertih goreng.
Bunyi yang tidak berputusan.

Seperti rumput ditepi jalan.
Keadaan yang sangat susah.

Seperti tikus jatuh ke beras.
Orang yang mendapat kedudukan mewah.

Umpama hendak menepung tidak berberas.
Bekerja tanpa cukup syarat, hasilnya kurang sempurna.

Umpama kiambang air, akar tidak jejak di bumi.
Tidak tetap pada sesuatu tempat.

Yang merah saga, yang kurik kundi, yang indah bahasa,
yang baik budi.
Rupa yang elok tanpa budi bahasa tidak lengkap dalam kehidupan.

No comments:

Post a Comment