Sekeras-keras hati, pasti bisa diluluhkan dengan manisnya senyuman. Oleh itu, kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman.
Mahu tahu teman yang paling setia, tidak cerewet, gampang ditemukan, sekali gus guru nan bijak dan sabar, dialah buku.
Keajaiban pasti akan datang menghampiri orang yang selalu melakukan yang terbaik buat dirinya dan orang lain.
Percaya dan yakin pada diri sendiri, hanya itu resepi paling mujarab untuk menakluk kehidupan.
Lebih baik bekerja dengan seorang profesional yang tidak menyukai anda daripada bekerja dengan sahabat yang tidak profesional.
Setiap kegagalan pasti menyisakan kesempatan, kerana kegagalan bukan bererti kemunduran, tetapi sekadar berjalan di tempatnya. Orang yang pernah gagal sahaja yang mengerti makna kejayaan.
Kalau dalam tahun terakhir, anda belum memberikan idea atau memperoleh idea baharu, periksalah nadi anda, mungkin anda sudah mati.
Jangan terlalu sibuk untuk menjadi lebih baik daripada orang sezaman atau terdahulu anda, tetapi berusahalah menjadi lebih baik daripada diri anda sendiri.
Dunia yang penuh persaingan mempunyai dua kemungkinan, iaitu anda bisa kalah, atau jika ingin menang anda mesti berubah.
Kehangatan kemanusiaan beribu kali lebih indah daripada sekadar sembilu cinta yang melukakan.
Rosak bahasa, rosaklah pemikiran dan cita rasa.
Hal terpenting dalam hidup ini ialah jangan pernah berhenti untuk bertanya dan terus bertanya.
No comments:
Post a Comment