Sunday, 18 November 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Bahasa Melayu Tahun 1

Tema                :  Kekeluargaan

Tajuk                :  Keluarga Saya

Fokus Utama     :
Standard Kandungan :
1.2 Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa, iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
Standard Pembelajaran :
1.2.4 Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf, konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.

Fokus Sampingan :
Standard Kandungan :
2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.
Standard Pembelajaran :
2.2.1 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.

Objektif  :  Pada akhir pengajaran, murid dapat :
i. mendengar, menyebut dan mengeja perkataan berkaitan keluarga yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan tepat.
ii. membaca perkataan berkaitan keluarga yang mengandungi dua atau tiga suku kata terbuka dan tertutup dalam ayat dengan sebutan yang betul.

Pengisian Kurikulum  :
 i. Ilmu  :  Pendidikan Moral
    Nilai  :  Kasih sayang
ii. KBT   :  Kemahiran berfikir - menjana idea

Sistem Bahasa  :  Tatabahasa  :  Kata nama am

Media               :  Kad gambar, carta lirik lagu, 
                           lembaran kerja, kad perkataan,
                           gambar

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran :

Langkah 1

1. Guru mempamerkan lirik lagu "Saya Sayang 
    Semua" pada papan tulis.
2. Murid mendengar dengan teliti lagu yang
    dimainkan melalui pita rakaman.
3. Guru meminta murid menyebut perkataan
    berkaitan ahli keluarga yang terdapat dalam
    lirik lagu.
    Contoh : ibu, bapa, kakak, abang, adik.
4. Guru meminta murid menyanyi lagu tersebut 
    secara kumpulan dan kelas dengan sebutan yang 
    betul.

Langkah 2

1. Guru mempamerkan kad suku kata dan meminta
    mengeja dan menyebut suku kata tersebut.
2. Murid diminta memadankan suku kata tersebut 
    menjadi perkataan bermakna dan memadankan
    dengan kad perkataan yang disediakan.
3. Guru meminta murid menampal, menyebut dan
    mengeja perkataan berdasarkan gambar dengan
    sebutan yang betul.

Langkah 3

1. Guru mempamerkan gambar yang berkaitan
    ahli keluarga seperti ibu, bapa, kakak, abang 
    dan adik.
2. Guru membimbing murid mengeja dan
    membaca serta memahami perkataan tersebut.
3. Guru meminta murid membaca secara individu 
    perkataan-perkataan tersebut.  

Pentaksiran

1. Guru meminta murid menandakan perkataan 
    yang didengar pada lembaran kerja.
2. Guru meminta murid menyebut perkataan 
    berkaitan keluarga berdasarkan gambar.

Pemulihan

1. Guru membimbing murid menyebut dan mengeja 
    suku kata dan perkataan.
2. murid memadankan gambar dengan perkataan.

Pengayaan

1. Guru meminta murid bercerita tentang ahli
    keluarga mereka kepada rakan berdasarkan
    gambar ahli keluarga mereka.



*********************


Tema                :  Kebersihan

Tajuk                :  Menjaga Diri

Fokus Utama     :  
Standard Kandungan  :
1.2    Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.

Standard Pembelajaran  :
1.2.4 Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan tepat.

Fokus Sampingan  :
Standard Kandungan  :
2.2    Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.

Standard Pembelajaran  :
2.2.1 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.

Objektif : Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i.    mendengar dan mengecam perkataan yang berkaitan dengan anggota badan dan bukan anggota badan.
ii.   menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang didengar dengan betul dan tepat.
iii.  memahami dan memberi makna perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata dengan sebutan yang betul.

Pengisian Kurikulum  :
i.    Ilmu : Sains, Pendidikan Kesihatan,
                Pendidikan Moral
ii.   Nilai : Menjaga kebersihan anggota
                badan
iii.  KBT  : Kemahiran Berfikir - mengumpul
                dan mengelas

Sistem Bahasa  :  Kata Nama Am

Media               :  Gambar anggota badan,
                            kad perkataan,
                            lembaran kerja, ICT

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :

Langkah 1

1. Guru menamakan anggota badan
    kepda murid dan murid mendengar
    dengan teliti.
    Contoh : tangan       leher       mata
                  dahi           hidung     perut
                  mulut         badan      kaki
2. Murid diminta menyebut semula
    anggota badan yang disebutkan oleh guru secara
    individu, kumpulan atau kelas.

Langkah 2

1. Murid menyebut perkataan yang
    berkaitan dengan anggota badan yang
    ditunjukkan.
    Contoh : tangan      leher      mata
                  dahi          hidung    perut
                  mulut        badan     kaki
2. Murid menyebut semula perkataan
    yang mengandungi suku kata terbuka
    dan tertutup dengan bimbingan
    guru.
3. Murid mengecam perkataan yang
    didengar lalu menyentuh bahagian badan masing-
    masing.

Langkah 3

1. Murid menceritakan cara-cara menjaga
    kebersihan diri dan peralatan yang selalu
    digunakan.
2. Murid diminta mengeja dan membaca kad
    perkataan yang mengandungi suku kata terbuka
    dan suku kata tertutup seterusnya memadankan
    dengan gambar yang diberi.
3. Murid mengeja dan membaca semula perkataan
    yang telah disuaikan dengan gambar
    menggunakan sebutan yang betul.

Langkah 4

1. Murid mendengar dan mengulang perkataan
    yang disebut oleh guru berpandukan kad
    perkataan yang ditunjukkan.
2. Seorang murid mengeja dan menyebut
    perkataan yang terdapat pada kad dan murid
    lain akan mengulanginya.
3. Murid menyebut perkataan yang terdapat pada
    kad dan mengasingkan kad-kad yang
    menunjukkan anggota badan dan bukan anggota
    badan.
4. Murid mengelaskan perkataan yang
    menunjukkan anggota badan dan bukan anggota
    badan pada lembaran kerja yang diberi.

Langkah 5

1. Murid membaca dan memahami petikan
    beramai-ramai dengan bimbingan guru.
2. Murid mengeja dan menyebut perkataan yang
    dihitamkan dalam perenggan secara bergilir-
    gilir.
3. Murid bersoal jawab tentang maksud
    perkataan yang dihitamkan.
4. Murid menyebut semula makna perkataan
    yang dihitamkan.
5. Murid memadankan perkataan dengan makna
    yang diberi.

Pentaksiran

1. Murid menyebut perkataan yang
    mengandungi suku kata terbuka dan tertutup
    yang disebut oleh guru.
2. Murid menulis perkataan yang disebut dengan
    ejaan yang betul.

Pemulihan

1. Murid menyebut suku kata yang ditunjukkan.
2. Murid menggabungkan suku kata menjadi
    perkataan dan mengeja serta menyebut
    perkataan itu.

Pengayaan

1. Murid mengeja dan menyebut perkataan yang
    ditunjukkan.
2. Murid memadankan perkataan untuk membentuk
    frasa yang bermakna.
3. Murid menyebut frasa yang telah dibina.

No comments:

Post a Comment